Emas berada dalam dagangan tipis dan “ranging” Isnin semalam, dengan pergerakan tidak sampai $10 pada paras tertinggi sekitar $1,281.50 dan terendah $1,271.90 apabila pasaran mula mencari arah pergerakan selanjutnya. Emas sedang berdepan dengan penanda aras “downtrend” pada indikator “stop and reverse” di carta bulanan sekitar $1289.80, dan sekiranya emas mengatasi harga ini, trend bulanan secara rasminya berubah kepada “uptrend”.
Para pelabur dilihat cuba memahami tindakan SNB yang membatalkan sokongan terhadap Euro, dan logam berharga seperti emas, sudah semestinya menjadi pilihan dikala krisis dan ketidaktentuan pasaran. Ditambah pula dengan Greece yang bakal berdepan pilihanraya presiden Ahad ini, Parti Syriza yang ketika ini mendahului bancian; tambah menggusarkan pasaran.
Di pasaran hadapan, “open interest” bagi kontrak Februari 2015 meningkat semula dari 184,045 kepada 189,258 dan kontrak April 2015 terus diburu dengan peningkatan “open interest” dari 118,079 kepada 131,571. Walau bagaimanapun, harga “futures” sehingga Jun 2015 dilihat lebih murah dari harga “spot” yang menunjukkan para pelabur dijangka mengambil untung belian dalam masa terdekat.