Harga emas jatuh semula, lebih $10.50/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,201.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,206.20/oz untuk kekal diatas harga kos produksi $1,200 setelah minit mensyuarat FOMC Amerika Syarikat menunjukkan Federal Reserve tiada sebab kukuh untuk menaikkan “interest rate” seawal Jun ini, sejajar dengan jangkaan pasaran.
Di pasaran hadapan COMEX, emas jatuh berhampiran $1,200/oz apabila Dollar AS mengekalkan momentum pembelian. Dollar AS meningkat dengan ketara selepas ahli Lembaga Eksekutif ECB Bernard Coeure berkata bahawa, bank pusat Eropah itu akan membuat pembelian bon awal, kerana kecairan pasaran yang kurang pada musim panas dan langkah ini bukanlah disebabkan oleh keadaan pasaran.
‘Open interest’ Jun 2015 dilihat berada pada paras tertinggi sebanyak 163,115 diikuti Ogos 2015 sebanyak 139,842 dan Dec 2015 sebanyak 63,231 dengan kesemua kontrak menutup harga diatas paras $1,200 semalam. Bidaan terendah dilihat pada $1,200.80 untuk kontrak Jun 2015 dan bidaan tertinggi dilihat pada $1,204.50 untuk kontrak Mei 2015.