Harga Emas jatuh lebih $9.95/oz Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,066.55/oz sebelum menutup sekitar paras $1,068.95/oz; setelah Indeks Dollar AS melonjak semalam memecah tahap kritikal 100 pada sesi Asia, dengan mood pasaran yang bersedia untuk kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC dalam masa tiga minggu lagi.
Logam berharga emas turun ke sekitar paras $1,064.95 pada minggu lepas, yang terendah sejak Februari 2010. Spekulasi bahawa Fed akan mengangkat kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad pada hujung tahun ini, telah diperkukuhkan sejak pengumuman data pekerjaan AS yang memberansangkan pada awal bulan lalu. Komen daripada pegawai-pegawai Feds juga telah seragam bahawa kuasa ekonomi terbesar dunia itu telah bersedia untuk menghadapi dasar pengetatan ekonomi.
[adrotate group=”6″]
Kadar yang lebih tinggi cenderung untuk memberati emas, kerana ianya mengangkat kos pegangan aset tidak berkadar seperti komoditi, manakala meningkatkan nilai Dollar. “Kami melihat harga emas pada sekitar $1,080/oz adalah seperti permainan teknikal, yang mencerminkan tingkah laku pasaran yang ‘duduk di atas pagar’ kerana mereka menanti mesyuarat FOMC pada bulan Disember ini,” kata penganalisis OCBC Bank Barnabas Gan.
Pada masa yang sama, SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas terkemuka dunia, berkata bahawa pegangannya jatuh 0.18% kepada 660.75 tan metrik pada Jumaat lalu, paras terendah sejak September 2008.