Emas melonjak lebih $12.50/oz Rabu semalam, untuk menghampiri harga purata kos produksi bagi satu oz emas – $1,200; sebelum menutup pada sekitar $1,195.13/oz; sekaligus menyebabkan harga emas berada di atas pivot hari ini, sekitar 1193.80 Emas yang telah meningkat lebih $50/oz sejak enam hari lalu, kini dilihat mula hilang momentum dan ‘bearish divergence’ dapat disaksikan dengan jelas di carta 1 jam.
Di pasaran Amerika Syarikat, data “durable goods orders” menunjukkan kuasa ekonomi terbesar dunia itu semakin perlahan perkembangannya, apabila tempahan peralatan industri jatuh kepada -1.4% berbanding 0.4% jangkaan. Laporan sebelum ini juga dikemaskini kepada lebih rendah, dari 2.8% kepada 2.0% Dengan sentimen ‘bearish’ untuk Dollar ketika ini, dan juga jangkaan GDP Amerika Syarikat yang jauh meleset dari sebelumnya, 2.4% berbanding 5%; emas dilihat terus mendapat permintaan, melainkan GDP Amerika Syarikat esok mengejutkan pasaran.
Hari ini AS bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 291 ribu kepada 290 ribu. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dan penjualan baru sekitar $1,200.