Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $10/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1129.35/oz ke serendah $1,118.25/oz; selepas China mengumumkan rangsangan tambahan, sekaligus menyokong logam berharga.
Gold telah ditolak oleh komen dari presiden Federal Reserve New York William Dudley, yang berkata kenaikan kadar pada September telah menjadi “kurang menarik” ekoran pergolakan pasaran di seluruh dunia. Ahli ekonomi semakin percaya bahawa peningkatan kadar pada September adalah tidak mungkin.
Emas mempunyai masa yang lebih mudah untuk bersaing dengan bon Perbendaharaan dan aset lain yang mempunyai kadar, sebagai satu pelaburan, apabila “interest rate’ berada pada hampir sifar. Kenaikan kadar juga berkemungkinan menolak dolar lebih tinggi, dan ini tidak baik untuk emas yang menjadikan ia lebih mahal untuk dibeli oleh pemegang mata wang lain.
Emas telah meningkat lebih tinggi, apabila pelabur mencari aset selamat, selepas pasaran jatuh merudum didorong oleh kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi China. Kenaikan itu ternyata tidak kekal lama dan emas jatuh untuk tiga sesi berturut-turut. “Kegawatan yang merentasi pasaran global tidak banyak membawa pelabur kembali kepada emas sebaliknya memberi tumpuan kepada prospek “interest rate” AS yang lebih tinggi,” menurut laporan ANZ.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !