Harga emas terus berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $11.50/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,192.25 ke serendah $1,180.35 sebelum menutup sekitar paras $1,188.35; selepas para pelabur, pengurus dana dan pedagang mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap komen dan ucapan dari Federal Reserve menjelang mesyuarat Jun ini.
“Terdapat sedikit sokongan daripada keadaan Greece, tetapi kami tidak mengharapkan apa-apa kenaikan harga yang besar pada masa ini,” kata penganalisis Commerzbank Daniel Briesemann, sambil menambah bahawa emas mungkin akan terperangkap sekitar paras $1,200 ditengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan ke atas Greece dan “interest rate” AS.
Pelabur dilihat memantau mesyuarat menteri-menteri G7 dan ketua-ketua bank pusat di Jerman, di mana keadaan Greece akan dibincangkan. Dollar telah meningkat terkesan dari kebimbangan bahawa krisis Euro-Zone yang melibatkan Greece adalah lebih buruk daripada yang dibayangkan. Walau bagaimanapun, laporan mengatakan terdapat petunjuk bahawa Greece semakin hampir mencapai perjanjian dengan pemiutang antarabangsa.
Perdana Menteri Greece Alexis Tspiras dalam satu kenyataan berkata, beliau “hampir mencapai perjanjian.” Beliau juga menambah bahawa perjanjian itu akan memberi manfaat kepada Greece tanpa melibatkan pencen, gaji, bank atau deposit dalam perjanjian yang dicadangkan. Dalam pada itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Jacob Lew, menyeru Greece dan pemiutangnya untuk meningkatkan usaha bagi mencari penyelesaian kepada krisis kewangan, sambil menekankan risiko kepada ekonomi global sekiranya Greece bangkrap dan keluar dari Euro-Zone.