Harga emas menokok kembali sekitar $9/oz Selasa semalam, dari paras terendah sekitar $1,186/oz untuk mencapai paras tertinggi sekitar $1,196.40, sebelum menutup sekitar paras $1,192.75; seolah-olah tiada reaksi kepada berita bahawa perjanjian telah dicapai antara Greece dengan pemiutangnya, dan laporan inflasi Euro-Zone yang lebih baik dari jangkaan.
Emas dilihat berpegang teguh di bawah $1,200/oz Selasa semalam, selepas Dollar meningkat kepada paras tertinggi dalam masa 12 1/2 tahun yang baru berbanding Yen, ekoran data ekonomi AS yang kukuh; sekaligus menyokong jangkaan kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve AS pada akhir tahun ini.
Di pasaran hadapan, kontrak Ogos 2015 mempunyai ‘open interest’ terbanyak pada 258,720 diikuti Dec 2015 pada 71,055 dan Oct 2015 pada 12,497. Bidaan terendah dalam masa terdekat dilihat pada kontrak July 2015 sekitar $1,185.7 dan tertinggi pula pada kontrak Jun 2015 sekitar $1,194.3. Bidaan diatas harga spot hanya dilihat seawal kontrak Ogos 2015; sekaligus menunjukkan pasaran masih dalam ‘bearish’ sentimen terhadap emas.