Emas yang awalnya meningkat pada sesi Asia, sehingga mencapai paras tertinggi sekitar $1,223.16/oz Isnin semalam, menjunam lebih $15 sepanjang sesi pagi Eropah, apabila para pedagang dilihat mengambil untung. Terjahan ke paras tertinggi tu, sekaligus membatalkan ‘donwtrend’ dan memulakan kembali ‘uptrend’ di carta harian. Ketika artikel ini ditulis, harga emas berlegar-legar diatas pivot mingguan – sekitar $1,205.
Di pasaran jongkong emas, India yang diberitakan mengekalkan duti import atas emas dalam belanjawan negara Sabtu lalu; sekaligus menjadikan permintaan melebihi penawaran dan memaksa kenaikan harga sekitar $3 ke $3 setiap ounce, menurut Rahul Gupta, pengarah P.P Jewellers di New Delhi. Majlis perkahwinan yang mencapai puncak sekitar May selalunya menyebabkan permintaan meningkat, tetapi ramai yang telah menangguhkan pembelian, ekoran jangkaan duti import yang bakal turun.
Pasaran Asia, terutamanya China yang merupakan antara pembeli terbesar emas, kini kembali aktif setelah bercuti sempena tahun baru cina. Pasaran yang dikejutkan dengan penurunan “interest rate” sebanyak 25 bp oleh People Bank of China; mengambil peluang untuk membeli saham-saham murah di Bursa Shanghai dan Hong Kong. Pasaran dijangka berlegar-legar sekitar harga produksi $1,200 sehingga data NFP Amerika Syarikat dilaporkan Jumaat ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni