Emas yang memacu naik lebih $13.60 Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,094.90/oz susut semula lebih $9.35 sebelum menutup sekitar paras $1,087.65; setelah Dollar kembali mendapat permintaan pada petang New York apabila Pengerusi Feds Atlanta dalam satu temu-ramah mengatakan Feds sudah bersedia untuk kenaikan “interest rate” pertama pada September ini.
Satu laporan kerajaan AS pada Isnin, menunjukkan isi rumah Amerika menjaga perbelanjaan pada bulan Jun, sekaligus menetapkan siling kepada suku yang lebih kukuh untuk bahagian terbesar dalam ekonomi, apabila pendapatan meningkat. Para pelabur melihat ke depan untuk data pekerjaan pada minggu ini bagi menilai prospek untuk kenaikan pada September.
Walaupun data AS mencadangkan ekonomi terbesar dunia itu, mungkin telah kehilangan momentum dalam tempoh dua bulan yang lalu; ahli ekonomi percaya bank pusat AS masih tetap untuk menaikkan kadar tahun ini. Tetapi kenaikan awal – yang pertama dalam tempoh sembilan tahun – mungkin lewat daripada September dan tidak seperti yang diharapkan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni