Harga emas jatuh lebih $16.05/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah dalam tempoh sebulan, sekitar $1,106.45 sebelum menutup sekitar paras 1107.80; setelah Dollar terus mendapat permintaan pasca kenyataan Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongres Amerika yang penuh aggresif terhadap ekonomi AS yang memungkinkan kenaikan kadar pada Disember ini.
Emas berlegar sekitar paras terendah dalam satu bulan selepas beberapa pembeli yang sensitif terhadap harga terdorong untuk kembali ke pasaran, tetapi ia kekal di bawah tekanan daripada Dollar yang semakin meningkat ekoran jangkaan kenaikan kadar AS dalam masa terdekat. Pegawai Federal Reserve mengekalkan kadar jangka pendek tidak berubah pada mesyuarat FOMC lepas, tetapi membuka pintu yang lebih luas kepada kenaikan kadar dalam mesyuarat terakhir pada bulan Disember ini.
[adrotate group=”6″]
Harga yang lebih tinggi akan menjadi berita buruk bagi emas, yang tidak membayar pemegangnya apa-apa “interest” dan terpaksa bersaing dengan pelaburan yang berkadar apabila kos pinjaman meningkat. Laporan “Non-Farm Payroll” AS yang kuat esok akan meningkatkan kemungkinan untuk Feds menaikkan kadar pada tahun ini.