Emas menyusut sekitar $12/oz Jumaat lalu, selepas memacu naik lebih $27/oz sehari sebelumnya. Pasaran yang rata-rata bercuti sempena ‘Good Friday’, menjadikan pasaran dalam dagangan tipis dengan paras tertinggi dicatat sekitar $1,207.10 dan terendah pada sekitar $1,194.70 sebelum menutup di atas paras $1,200/oz. Laporan NFP Amerika Syarikat yang jauh meleset dari jangkaan, hanya akan dapat dilihat kesannya minggu ini.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang lain – EUR, JPY, GBP, CAD, SEK, CHF – dilihat menyusut lebih 120 mata dari paras tertinggi sekitar 98.28 sebelum menutup pada sekitar 97.49 dengan momentum yang semakin lemah Jumaat lalu. Emas adalah sensitif dengan perubahan kadar “interest rate” Amerika Syarikat yang juga mempengaruhi nilai Dollar, lantaran logam berharga itu juga disebutharga dalam Dollar.
Di pasaran hadapan, kontrak Mei, Jun, dan Ogos 2015 dilihat mendapat bidaan lebih rendah dari pasaran ‘spot’ menunjukkan pasaran yang masih ‘bullish’ dengan Dollar yang dijangka mendapat kenaikan ‘interest rate’ lewat tahun ini. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni