Emas berada dalam dagangan tipis, dengan pergerakan tidak melebihi separuh dari volatility hariannya Isnin semalam, untuk mencatatkan paras tertinggi harian sekitar $1,198.88 dan terendah pada sekitar $1,178.03 untuk satu troy ounce. Para pedagang dan pengurus dana yang baru kembali bekerja, menjadikan pasaran masih dalam mood tahun baru. Dollar Index dibuka dengan “gap up” sebelum memacu naik untuk membuat paras tertinggi yang baru, sekitar 92.05
Permintaan terhadap Dollar yang terus meningkat ini, adalah didorong spekulasi pasaran yang menjangkakan kenaikan “interest rate” AS buat pertama kalinya sejak krisis ekonomi 2008; sekaligus merencatkan permintaan terhadap logam berharga emas. Pegangan dalam emas yang tidak membayar sebarang “interest”, hanya bergantung kepada kenaikan harga untuk mebuat keuntungan dari pembeliannya. Manakala mereka yang menjualnya mendapat keuntungan apabila emas mula merudum pada awal 2013.
Walau bagaimanapun, kejatuhan harga emas dibawah harga kos produksi $1,200 dilihat sebagai satu peluang baik bagi para pelabur untuk membeli emas fizikal. Pasaran hadapan emas menyaksikan pengurangan “open interest” bagi Februari 2015, dari 217,101 kepada 214,569 walaupun April 2015 meningkat dari 59,409 kepada 59,740 setakat Isnin semalam. Keadaan ini menunjukkan pasaran yang sedang berubah arah.
Rebut peluang untuk dapatkan akaun trade forex tanpa rugi selama setahun dari One Financial Markets, Broker Regulated UK dari London – KLIK SINI