Harga emas terus memacu naik lebih $13.50/oz untuk mecapai paras tertinggi Selasa semalam sekitar $1,199.85/oz sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan sekitar paras $1,193.25/oz selepas para pedagang terus memberi tumpuan kepada pilihan raya UK, Greece dan laporan NFP AS yang memegang kepentingan utama minggu ini. Emas terus mengekalkan keuntungan dari hari Isnin dan ketika artikel ini ditulis, ia diniagakan sekitar $1,195.30. Pada awal minggu ini, emas telah menikmati sokongan belian di $1,180 dan bangkit kembali untuk menghampiri $1,190.
Bagi menutup minggu lepas, emas telah jatuh mendadak untuk kembali di bawah paras harga kos prduksi $1,200 sebelum ke bawah lagi pada paras sokongan lain di sekitar $1,180, dan akhirnya jatuh ke paras terendah dalam masa enam minggu sekitar $1,170. Walaupun kebanyakan peserta pasaran dijangka akan mengambil sikap tunggu dan lihat untuk data NFP AS pada Jumaat ini, ianya diramalkan pada 231 ribu tambahan pekerja berbanding 126 ribu sebelum ini.
“Bacaan di bawah konsensus boleh melambatkan jangkaan kenaikan “interest rate” dan memberi rangsangan untuk emas; manakala bacaan di atas konsensus mungkin bakal mengekang harga emas. Semua laporan sektor pekerjaan setakat ini, telah memberi kesan yang ketara pada arah tuju emas dalam jangka masa terdekat” menurut seorang penganalisis HSBC James Steel.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni