Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $11.50, dari paras tertinggi harian sekitar $1,174.85/oz ke serendah $1,162.95/oz; selepas referendum Greece kini telah pun mendapat keputusan. Namun kebanyakan para pelabur masih bimbang dan tekanan kekal pada tahap yang sama seperti sebelum ini dengan pemimpin Greece dan Euro-Zone terus berunding.
Peletakan jawatan Menteri Kewangan Greece dilihat membantu melancarkan perjalanan. Harga komoditi jatuh mendadak pada hari Isnin, ekoran kebimbangan mengenai lebihan bekalan; selepas Greece menolak syarat-syarat untuk bantuan dana kecemasan dan China melancarkan langkah-langkah kecemasan pada hujung minggu untuk mengelakkan kejatuhan besar-besaran pasaran sahamnya .
Gold melepaskan kenaikan awal pada hari Isnin, apabila Dollar terus mantap mengatasi permintaan, dan kegagalan untuk mengekalkan kenaikan tersebut menunjukkan perjuangan emas di tengah-tengah prospek “interest rate” AS yang lebih tinggi; walaupun ketidakpastian mengenai keadaan kewangan Athens dan masa depannya di Euro-Zone, adalah satu keadaan yang biasanya akan menjana permintaan untuk jongkong emas.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni