Harga emas terus memacu naik lebih $16/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,151.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,147.10/oz; setelah disokong oleh defisit perdagangan AS yang melambung dan peningkatan risiko pertumbuhan global. Logam kuning emas telah mencapai paras tertinggi sekitar $1,156.72 pada 24 September, yang masih utuh pada ketika ini.
Defisit perdagangan AS melonjak kepada – $48.3 bilion pada bulan Ogos, jauh di luar jangkaan – $47.6 bilionn, berbanding -$41.8 bilion pada bulan Julai. Para pengeksport secara konsisten telah mengeluh, bahawa kekuatan dolar sebagai faktor yang menyumbang kepada masalah mereka. Ia adalah satu lagi sebab mengapa penganalisis tidak fikir Feds AS akan menaikkan kadar pada tahun ini; kerana ia akan terus memburukkan lagi keadaan perdagangan.
[adrotate group=”6″]
Defisit perdagangan yang semakin meningkat, telah mendorong beberapa penganalisis untuk menurunkan ramalan GDP AS untuk suku ketiga dan keempat kepada angka yang lebih rendah. Sementara itu, IMF mengurangkan lagi jangkaan prospek pertumbuhan global mereka kepada 3.1% pada tahun ini dan 3.6% pada tahun 2016. Kedua-duanya adalah 0.2% lebih rendah daripada unjuran Julai lalu dan menandakan penurunan keempat kepada jangkaan pertumbuhan global pada tahun ini.