Harga emas menyusut lebih $6.50/oz dari paras tertinggi harian Selasa semalam, sekitar $1,215.80 sebelum menutup pada sekitar $1,209.15; sekaligus meletakkan harga emas untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar $1,210.80 dan membentuk ‘bearish engulfing candle’ di carta harian. Pivot bulanan adalah sekitar $1,183.05 dengan pembatalan uptrend dicarta harian pada sekitar $1,185.85
Selasa Semalam, US Dollar Index yang telah memacu naik sejak Isnin lalu, berjaya melepasi paras sebelum laporan NFP dikeluarkan Jumaat lalu, pada sekitar 97.60 Walau bagaimanapun, ia menutup dibawah ’21 days moving average’ dan ‘downtrend’ masih kukuh dengan pembatalan pada sekitar 98.90 Dollar Index mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang lain – EUR, JPY, GBP, CAD, SEK, CHF – dan menjadi penanda aras bagi sebarang aset yang disebut harga dalam Dollar.
Hari ini dengan minit mesyuarat FOMC yang bakal disiarkan awal pagi Khamis nanti, Dollar dilihat berpotensi untuk membuat kejutan dan sebarang tambahan permintaan, boleh menjatuhkan harga emas.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni