Emas yang menyusut hampir $10 sepanjang sesi Asia Khamis semalam, kembali memacu naik melebihi paras $1,215 pada sesi dagangan petang London; apabila data berimpak tinggi Amerika Syarikat “uneployment claims” menunjukkan penambahan 4 ribu dari jangkaan 290 ribu, walaupun lebih rendah dari sebelumnya 298 ribu pemohon. Pertambahan penganggur yang memohon bantuan secara total, yang juga meleset dari jangkaan, 2.45 juta berbanding 2.37 juta, dilihat boleh menyebabkan Feds melewatkan kenaikan “interest rate”.
NFP dan kadar pengangguran AS hari ini, bakal menentukan perspektif terhadap Dollar bulan ini, walaupun secara umum kenaikan “interest rate” banyak mendorong pembelian Dollar. Pada masa yang sama, mesyuarat ECB pada 22 Januari nanti dilihat bakal mencorakkan perspektif pasaran terhadap ekonomi Euro-Zone, apabila presiden Mario Draghi dijangka bakal mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) untuk Kesatuan Eropah. Kemudiannya, pilihanraya presiden Greece pada 25 Januari, bakal menentukan nasib Greece dalam EU.
QE nampaknya sangat berkesan di Amerika Syarikat, walaupun kesan yang sama diragui di Euro-Zone. Ini adalah kerana di Eropah, terdapat pelbagai negara yang mempunyai kuasa undi dalam ECB terutamanya Bank Pusat Jerman, Bundesbank, yang menentang keras langkah tersebut. Walaupun euro yang lemah boleh meningkatkan eksport, pada masa yang sama ia bakal kehilangan kuasa membeli bagi rakyat terbanyak.
Emas yang meningkat nilai apabila bank-bank pusat dunia menurunkan “interest rate” selepas krisis ekonomi 2008, terkesan apabila pasaran mula melihat pemulihan ekonomi dunia, terutamanya Amerika Syarikat yang dijangka menaikkan “interest rate”nya tahun ini. Walau bagaimanapun, pakar kewangan berpendapat harga emas yang rendah, terutamanya dibawah harga produksi $1,200 adalah peluang baik untuk menambah pegangan emas fizikal. China dilaporkan mengimport emas melalui Hong Kong pada jumlah yang terbanyak sejak Februari 2014 pada November lalu.