Dollar CAD terus merudum lebih 130 pips, untuk hari ketiga berturut-turut sejak Jumaat pada Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.2305 sebelum menutup sekitar paras 1.2335; setelah harga emas dan minyak kuat membantu menyokong Dollar Kanada.
Dalam berita ekonomi, Canada Mortgage & Housing Corp. melaporkan bahawa perumahan baru bermula, meningkat mengikut kadar yang disesuaikan mengikut musim, kepada 201,705 unit pada Mei, meningkat daripada 183,329 pada bulan April, dengan peningkatan didorong oleh projek-projek pelbagai unit di Ontario, rantau Atlantik dan Quebec.
Walaupun prospek jangka panjang tidak memihak kepada mata wang Kanada, ia menunjukkan bahawa gambaran jangka pendek sudah pasti lebih cerah selepas laporan pekerjaan yang kukuh pada 5 Jun lalu. CAD diramalkan perlahan-lahan mengukuhkan melalui 2016 – ini adalah mengikut nota jangkaan mata wang pertengahan tahun ini yang dikeluarkan oleh Scotiabank.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni