Dollar CAD susut lebih 100 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3175 sebelum menutup sekitar paras 1.3250; selepas minyak dan emas kembali mempunyai momentum. Menurut penasihat pelaburan kanan Holliswealth Allan Small, “walaupun kejatuhan harga komoditi telah memberati pasaran Kanada, ia seperti tidak jelas tentang apa yang memberati pasaran Amerika.
“Kita masih berada dalam sentimen pasaran yang menuju negatif dan seolah-olah tiada siapa yang ingin mendapatkan sentimen positif,” katanya. “Para pelabur menahan nafas mereka sebelum keputusan mesyuarat dasar Federal Reserve yang bermula September 16 ini. Turun naik dalam pasaran saham China baru-baru ini dan harga minyak juga tidak membantu untuk menambah nilai,” tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
“Loonie” jatuh 0.26% kepada 75.47 sen AS selepas Bank of Kanada mengumumkan bahawa ia mengekalkan kadar pada 0.5%, dan menjangkakan ekonomi bakal terus menghadapi tekanan walaupun terdapat kenaikan dalam eksport baru-baru ini. Bank pusat itu juga berkata Kanada masih menyesuaikan diri dengan harga tenaga yang lebih rendah.