Dollar CAD kembali melonjak lebih 95 pips Khamis semalam, untuk menghentikan kejatuhan 4 hari berturut-turut sejak Jumaat minggu lalu. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran USD|CAD berada sekitar pivot bulanan – 1.2300 dengan kegiatan mengambil untung mendominasi pasaran ekoran hujung minggu yang menjelang.
Dollar terus berjuang di bawah penumpuan dalam pertaruhan pelabur terhadap mata wang AS yang lebih kukuh, terutamanya berbanding Yen dan Euro. Ramai pelabur membuat dagangan mereka dengan keyakinan bahawa pemulihan AS akan mendorong Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” jangka pendek daripada hampir sifar sebelum bank-bank pusat di Jepun atau Euro-Zone melakukannya.
Pada masa yang sama, penerbitan laporan Jualan Runcit AS telah memulihkan Dollar AS, namun kenaikan berbanding mata wang utama juga memberi tekanan kepada mata wang AS untuk susut nilai lagi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni