Dollar CAD melonjak sekitar 120 pips Khamis semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3340 sebelum menutup sekitar paras 1.3290; setelah tuntutan bantuan pengangguran AS dilaporkan stabil semalam. Walaupun angka 276 ribu adalah meleset dari jangkaan 270 ribu, ianya tidak berubah dari minggu lepas, sekaligus mengekalkan sentimen pasaran buruh yang masih kukuh.
Di pasaran Kanada, indeks perumahan dilaporkan menurun dari 0.3% kepada 0.1% berbanding jangkaan penurunan hanya kepada 0.2%. Harga rumah yang turun menunjukkan permintaan yang semakin perlahan terkesan dari pengguna yang berhemah dalam berbelanja atau membuat pelaburan baru ekoran ekonomi Kanada yang masih dalam kemelesetan.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis berkata pertumbuhan KDNK (GDP) sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan harga minyak yang rendah kepada sektor sumber dan bahan mentan, bermakna kenaikan kadar di Kanada tidak mungkin berlaku dalam tempoh masa terdekat. “Ekonomi kelihatan tumbuh pada kadar yang cukup pantas untuk menyerap pertumbuhan penduduk dan mengekalkan kadar pengangguran pada kira-kira 7% buat masa ini,” menurut Doug Porter, Ketua Ekonomi di BMO Financial Group.