Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 105 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3780 ke serendah C$1.3675, sebelum menutup sekitar paras C$1.3730 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar C$1.3715; setelah para trader mula menyelaras kedudukan mereka selepas menolak CAD terlalu rendah pada minggu lepas apabila harga komoditi di seluruh dunia merudum. CAD kini seolah sudah musnah ekoran kekalahan komoditi yang merupakan antara eksport terpenting Kanada.
Federal Reserve AS yang telah menamatkan QE pada pertengahan tahun lepas dan telah berbolak-balik tentang kenaikan kadar sejak itu, membuatkan Dollar AS yang ketika itu hidup segan mati tidak mahu, kembali bertenaga dan terus memacu naik untuk mencapai paras tertinggi dalam masa tiga tahun. Namun, kenaikan tersebut telah menyebabkan harga komoditi seperti emas dan minyak jatuh merudum tanpa menoleh ke belakang.
[adrotate group=”6″]
Kejatuhan tersebut telah menyebabkan ekonomi Kanada juga merudum, sekaligus memaksa Bank of Canada (BoC) untuk menurunkan kadar pinjaman bagi membantu perniagaan dalam menjana semula aktiviti ekonomi. Gabenor BoC Stephen Poloz telah mengurangkan kadar sebanyak dua kali tahun ini, termasuk penurunan mengejut pada Januari yang menjunamkan nilai Loonie. Apabila melihat loonie tidak menjunam cukup jauh, beliau mempertahankan penurunan kadar dengan meramalkan bahawa angka GDP suku pertama akan lemah. Ekonomi Kanada menguncup sebanyak 0.6% dan Loonie terus merudum.