Dollar CAD meningkat lebih 65 pips Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar 1.2275 ke setinggi 1.2345 sebelum menutup sekitar paras 1.2305; setelah harga emas dan minyak mentah yang agak lemah mengekang permintaan untuk “loonie”. Pada masa yang sama, data PPI dan “consumer sentiment” AS yang memberangsangkan membantu sokongan belian untuk Dollar.
Angka jualan runcit AS terkini, menunjukkan ekonomi nombor satu dunia itu kini kembali di landasan untuk pemulihan selepas beberapa bulan goyah pada awal tahun ini. Keadaan ini meningkatkan kemungkinan Federal Reserve akan menaikkan “interest rate” pada tahun ini. Namun reaksi Dollar agak terhad, sebahagiannya ditahan oleh kejatuhan dalam kadar pulangan bon Perbendaharaan AS dan sikap pelabur yang berhati-hati sebelum mesyuarat FOMC pada minggu ini.
Sementara itu di pasaran komoditi, minyak yang berharga dalam Dollar Amerika Syarikat, tewas pada Dollar AS yang lebih kukuh selepas laporan Bank Dunia yang meramalkan ekonomi dunia akan berkembang di bawah ramalan 3% pada Januari. Ketika artikel ini ditulis minyak mentah berada sekitar $59.85 setong.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni