Dollar CAD menutup dibawah paras “21 days moving average”, sekitar 1.2485, Selasa semalam; sekaligus menandakan perubahan trend sedang berlaku di carta harian; walaupun ini telah dinyatakan oleh “stop and reverse indikator” sejak 11 hari yang lalu. Ketika ini nilai tukaran USD|CAD sedang menguji pivot bulanan, sekitar 1.2380 dan telah pun berada dibawah pivot mingguan sekitar 1.2520
Harga minyak mentah yang mula menstabil, dan berada diatas pivot bulanan sekitar $48.40 setong; mula memberikan kesan positif kepada permintaan untuk “loonie”. “Stop and Reverse” indikator di carta mingguan minyak mentah juga, telah memasuki fasa uptrend sejak 2 minggu lalu. Walau bagaimanapun, spekulasi pasaran yang mengatakan Bank of Canada bakal menurunkan lagi “interest rate”, menjadikan para pelabur dan pengurus dana lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.
Di Amerika Syarikat pula, mesyuarat FOMC awal pagi khamis nanti waktu Malaysia, bakal menentukan arah tuju Dollar selanjutnya. Sekiranya Federal Reserve terus kekal dengan ketegasan mahu menaikkan “interest rate” pada tahun ini, ianya akan memacu semula kadar tukaran USD|CAD. Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Kanada hari ini.