Dollar CAD hampir memecah harga sokongan dua minggu, sekitar 1.1560 pada Rabu lalu, sebelum bercuti untuk tahun baru 2015 Khamis semalam. Walau bagaimanapun kejatuhan hampir 50 mata hari itu dineutralkan semula pada sesi petang dagangan New York, apabila para pelabur mula memberikan sokongan untuk menutup nilai tukaran USD|CAD sekitar 1.1615
Minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, jatuh ke paras terendah, sekitar $52.40, sebelum menutup dagangan 2014 pada $52.77 “Loonie” yang merupakan antara matawang komoditi seperti “Aussie” dan “Kiwi”; banyak dipengaruhi permintaan terhadap komoditi seperti emas dan minyak, walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.
Walau bagaimanapun, negara pengimport minyak seperti Jepun melihat kejatuhan harga minyak ini, satu peluang baik untuk menjana aktiviti ekonomi yang banyak menggunakan minyak itu, pada kadar yang lebih murah. Pada masa yang sama, di pasaran hadapan minyak dilihat bakal menstabil pada Februari ini dengan harga permintaan ditutup pada $54.42 setong, Rabu lalu.
Hari ini, Amerika Syarikat yang bakal melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangka meleset dari 58.7 kepada 57.6 berkemungkinan mendorong tambahan permintaan untuk “Loonie” sekiranya “manufacturing PMI” Kanada dilaporkan lebih baik dari 55.3 pada bulan lepas