Dollar CAD terus memacu naik lebih 120 pips Rabu semalam, untuk hari ketiga berturut-turut dan mencecah paras tertinggi harian sekitar 1.2595 sebelum menutup sekitar paras 1.2590; setelah laporan ADP Amerika Syarikat menunjukkan lebih banyak peluang pekerjaan daripada yang dijangkakan. GDP bulanan Kanada pula jatuh 0.1% pada bulan April. Penurunan ini diketuai oleh perlombongan, kuari, minyak dan gas walaupun harga minyak dan perkhidmatan minyak mungkin menunjukkan peningkatan akan berlaku.
Laporan GDP yang lemah telah membantu menolak Dollar Kanada melalui tahap penting yang telah menjadi paksi sejak penurunan “interest rate” secara mengejut oleh Bank of Canada pada bulan Januari lalu. Bank of Canada menjangka setengah pertama yang lemah untuk tahun ini, dengan para pedagang yang jelas mendapati tiada ketenangan dalam pengesahan lebih dari jangkaan oleh Bank of Canada. Penurunan ini diketuai oleh penurunan 2.6% dalam perlombongan, kuari, minyak dan gas. Ini adalah penurunan bulanan yang keenam berturut-turut. Minyak dan gas jatuh 3.4%.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni