Dollar CAD yang jatuh lebih 165 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, kembali memacu naik lebih 215 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3230 pada sepanjang sesi New York, sebelum menutup sekitar paras 1.3220; setelah pengumuman daripada Federal Reserve AS bahawa ia akan mengekalkan kadar pada rekod rendah semasa iaitu antara 0.0% dan 0.25%.
Walau bagaimanapun, corak pengundian daripada pembuat dasar sememangnya mengejutkan pelabur, seperti yang berlaku pada sidang akhbar Pengerusi Feds, Janet Yellen. Undi sama ada untuk menaikkan kadar pada bulan ini telah dimenangi oleh kem ‘tidak’ dengan majoriti 9-1, dengan undi tunggal ‘ya’ dari Encik Lacker. Magnitud keputusan ini telah mengejutkan pasaran serta melemahkan Dolar Amerika.
[adrotate group=”6″]
Pedagang mata wang terus menonton, kerana Feds masih boleh menaikkan kadar pada tahun 2015. Terdapat dua lagi pengumuman sebelum akhir tahun ini. Ahli Ekonomi TD James Marple menulis dalam laporannya selepas keputusan itu, “nampaknya tidak mungkin turun naik dalam pasaran kewangan baru-baru ini atau berita dari pasaran negara membangun, akan menukar sudut pandangan mesyuarat yang akan datang pada akhir Oktober ini. Ini bermakna bahawa jika kenaikan kadar berlaku tahun ini, ia akan berlangsung pada bulan Disember.”