USDCAD jatuh sedikit sejak semalam walaupun pada awal minggu ini menaik kerana isu sentimen kenaikan kadar faedah oleh Amerika. Pada minggu ini terlalu banyak isu tentang Greece dan ini menyebabkan pedagang cuba mencari aset yang lebih selamat dan mengakibatkan sedikit kelemahan US Dollar berbanding Canada sejak semalam.
Walaupun US Dollar dijangka merosot akibat isu tersebut, tetapi data Amerika Syarikat terus keluar positif berturut-turut menyebabkan pedagang berbelah bahagi minggu ini.
Harga Perbendaharaan AS sebelum ini pulih dari sell-off selama dua hari selepas rundingan hutang peringkat akhir antara Greece dan pemiutang antarabangsa tersangkut.
Akibat kurangnya data dan isu ekonomi dari Canada, penggerak utama pair ini pada minggu ini adalah isu US Dollar dan reaksi pedagang terhadap isu Greece. Di jangka harga emas bakal naik atas permintaan kerisauan serantau untuk berlindung daripada isu Greece bakal memberikan impak positif kepada matawang Canada.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni