Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 120 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3325 ke serendah sekitar 1.3200; setelah ketegangan global reda dan ekonomi Kanada dilaporkan jatuh ke dalam kemelesetan pada separuh pertama tahun ini, selepas ekonominya terjejas ekoran harga minyak mentah yang merudum.
Menurut Statistik Kanada, ekonomi menguncup 0.5% pada suku kedua selepas berundur 0.8% dalam tempoh tiga bulan sebelumnya. Kemelesetan kedua Kanada dalam tempoh tujuh tahun, hadir selepas angka GDP terkini daripada Australia yang mengesahkan penurunan mendadak dalam pertumbuhan dan melihat kejatuhan Aussie di bawah 70 sen AS.
[adrotate group=”6″]
Perdana Menteri Kanada Stephen Harper, seorang Konservatif yang sedang mengekori pesaing mereka dalam undian pendapat, menjelang pilihan raya pada 19 Oktober ini; menyalahkan “ketidakstabilan ekonomi global yang berterusan” atas masalah Kanada.