Dollar CAD yang susut lebih 100 pips Rabu semalam, kembali memacu naik sebelum menutup sekitar paras 1.3175, lebih rendah dari pembukaan sekitar 1.3190; setelah harga minyak dan emas yang dalam ‘downtrend’ dan terus merudum, memberati matawang komoditi Dollar Kanada.
Pengaliran modal ke dalam dan keluar dari Kanada melembapkan nilai eksport minyak, yang juga diimbangi oleh hakikat bahawa wilayah timur Kanada adalah pengimport minyak. Malah, corak tradisional wilayah timur adalah mengimport minyak gred Brent yang lebih mahal, manakala beberapa wilayah barat mengeksport minyak murah ke Amerika Syarikat.
Pada tahun 2014, Kanada mengeksport kira-kira $105 bilion produk tenaga dan mengimport kira-kira $46 bilion. Perlu diingat bahawa Kanada adalah terkecuali daripada larangan AS ke atas eksport minyak.
Berikutan berita bahawa ekonomi Kanada tiba-tiba menguncup, terdapat spekulasi baru bahawa bank pusat Kanada mungkin perlu menurunkan “interest rate” lagi. Pada masa yang sama, Federal Reserve AS telah mengesahkan hasratnya untuk menaikkan kadar pada akhir tahun ini, dengan syarat pasaran buruh menunjukkan beberapa lagi data yang bertambah baik.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni