USD/CAD turun hampir 180 pip untuk diniagakan pada paras terendah semalam di 1.2390. Ia berikutan CAD mendapat sedikit momentum, kesan dari kenaikan harga minyak mentah dunia. Kekuatan CAD kekal selama mana minyak menunjukkan momentum mengatasi kelemahan US Dollar.
Dan untuk ramalan yang boleh digunakan, kita boleh mengharapkan matawang ‘loonie’ ini, untuk dibiarkan tertekan untuk sekurang-kurangnya dua tahun akan datang. Empat hari rally dalam harga minyak nampaknya sudah melebihi jangkaan untuk sbuat masa sekarang, kerana harga minyak mentah merosot kembali di bawah paras $50 dollar per tong, dan bakal megheret dolar Kanada jatuh kembali rendah bersama-samanya. Peningkatan minyak dunia dilihat tidak lama.
West Texas Intermediate,(WTI) kontrak minyak Amerika Utara utama yang didagangkan di New York, bergerak di atas $51 untuk kali pertama sejak awal Januari. Ia meningkat $ 2.89 ke $52.45 setong, menjadi hanya $1 di bawah harganya pada akhir 2014. Brent, kontrak minyak antarabangsa yang paling biasa, meningkat $2.84 untuk mencapai $57.59.
Data dari CAD yang akan dikeluarkan pada 9.30pm malam ini bersama-sama NFP dari US, menunjukkan akan ada peningkatan dari data pekerjaan dan building permit. Walau bagaimanapun, CAD yang bergantung kepada harga minyak dunia dilihat bukan sebagai pencabar US Dollar jika data pekerja Amerika keluar lebih baik.
Harga minyak mentah dunia yang diselebungi kejatuhan bakal memberi peluang untuk pedagang membuat belian USD/CAD pada harga rendah untuk jangka masa panjang. “Buy on Dip”.
Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI