Dollar CAD kembali memacu naik lebih 125 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.2035 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.2125; selepas Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari data “unemployment claims” yang lebih baik. Sebelum dari itu, “loonie” telah bangkit lebih tinggi dalam pergerakan yang terbaik sekitar 83 sen US.
Namun, ia adalah sebahagian besarnya adalah kerana mata wang AS yang lebih lemah, dan tiada apa-apa kaitan dengan Kanada. “Loonie” telah secara senyap-senyap menjadi mata wang utama terkuat di dunia sejak tiga bulan lalu,” menurut Ketua Ekonomi BMO Douglas Porter. “Loonie” merosot lebih 9% pada Januari, menandakan kejatuhan bulanan kedua terbesar dalam rekod”, katanya.
“Selepas beberapa bulan goyah, ia stabil pada pertengahan bulan Mac dan telah meningkat kira-kira 6% selepas itu” menurutnya lagi dalam laporannya lewat semalam. Dengan harga minyak yang berada pada paras tertinggi mereka pada bulan ini dan Dollar AS yang semakin lemah selepas data ADP yang suram; CAD telah melonjak.
Petunjuk ekonomi AS yang lemah juga telah menambah ketidakpastian mengenai bila kenaikan “interest rate” pertama oleh Federal Reserve boleh berlaku. Data pada Rabu menunjukkan peningkatan pekerjaan swasta yang semakin lemah dan penurunan produktiviti untuk suku tahun yang kedua berturut-turut. Spekulasi kenaikan “interest rate” seawal Jun kini semakin pudar dan ini memberi tekanan jualan untuk Dollar; sekaligus meningkatkan nilai matawang utama yang lain seperti Euro dan Yen.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah mula susut, berikutan aktiviti pengambilan untung selepas harga puncak untuk 2015 dicapai Rabu lalu; selepas inventori minyak mentah AS kurang buat kali pertama sejak Januari. Harga minyak mentah turun 1.1% pada $60.28 setong selepas mencapai paras tertinggi dalam masa lima bulan sekitar $62.58 Rabu lalu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni