Dollar CAD terus susut lebih 95 pips Khamis semalam, untuk mecapai paras terendah harian sekitar 1.2980 sebelum menutup sekitar paras 1.3015; setelah dolar AS lemah dan harga komoditi global pulih. Para pelabur kembali kepada sektor logam dan perlombongan secara besar-besaran Rabu lalu, selepas laporan penganalisis meramalkan harga komoditi telahpun mencapai paras lantai.
Di pasaran komoditi, jumlah bekalan minyak dunia juga dijangka meningkat kepada 95.98 juta tong sehari pada 2016, kurang daripada jangkaan kerana bekalan dari negara bukan anggota OPEC telah terhenti. Pada masa yang sama, permintaan minyak global dijangka berkembang paling banyak dalam tempoh enam tahun; meningkat kepada 95.2 juta tong sehari.
[adrotate group=”6″]
Ramalan tersebut akhirnya mengimbangkan penawaran dan permintaan di seluruh dunia. Harga minyak dunia juga disokong oleh laporan bahawa Russia, Arab Saudi dan negara pengeluar besar lain, akan mengadakan perbincangan untuk menyokong pasaran. Rusia telah mengalami kesan ekonomi kerana kejatuhan harga minyak dan sekatan yang telah menjejaskan ekonominya.
Di pasaran Kanada, para pedagang Toronto juga telah disokong oleh prospek Perjanjian Perkongsian Transpacific yang menurunkan tarif ke atas barangan Kanada dan membuka pasaran untuk bahan-bahan mentah dari Kanada. Keadaan ini membantu saham tenaga dan sumber memacu naik, yang juga merupakan prospek yang baik untuk “loonie”.