
Dow Jones Index AS yang menutup minggu sebelumnya dengan “bearish engulfing candle”, menutup minggu lepas dengan “bearish doji” sekitar 17,719.50 menunjukkan sentimen pasaran dalam dagangan berhati-hati setelah berada pada paras yang tertinggi dalam masa 5 tahun.
Pada masa yang sama, Nikkei Index Jepun menutup minggu lepas sekitar 16,894 dijangka membentuk “3 black crows” minggu ini. Diberitakan semakin ramai pelabur yang menjual pegangan ekuiti mereka di pasaran Jepun ekoran ketidakyakinan terhadap Program “Abenomics” 2.0 Jepun dalam menjana ekonomi negara matahari terbit itu.
Hari ini tiada sebarang data berimpak tinggi bakal dilaporkan dari kedua-dua negara. Pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.





















































