Dollar Yen melonjak lebih 50 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.35 sebelum menutup sekitar paras 120.20; setelah Federal Reserve menyatakan bank pusat AS itu tidak akan tergesa-gesa untuk menamatkan rangsangan. Walaupun pegawai-pegawai Fed berkata keadaan ekonomi dalam negara telah bertambah baik, jawatankuasa memutuskan untuk menunggu maklumat tambahan mengesahkan pandangan masa depan tidak merosot.
Dolar AS juga mengalami tekanan kerana spekulasi mengenai ransangan kewangan tambahan oleh Bank of Japan yang pudar; selepas Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda mengulangi penilaian mengenai keadaan ekonomi semasa Jepun yang dijangka bertambah baik selepas mesyuarat dasar dua hari BoJ. Dalam dagangan lewat petang New York, dolar menarik jualan baru dan jatuh kepada hampir ¥119.60 apabila euro menarik minat belian, menurut sumber pasaran.
[adrotate group=”6″]
Malam nanti dua orang pegawai Federal Reserve AS bakal berucap, dan dijangka memberi pandangan masa depan ekonomi AS. Tiada sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini.