Yen mendapat lebih permintaan berbanding Dollar Rabu semalam, sepanjang sesi dagangan Asia apabila para pedagang mula masuk ke fasa “risk-off” menyebabkan kadar tukaran USD|JPY jatuh hampir ke serendah 116.05 sebelum belian balik Dollar dilihat pasa sesi dagangan New York. Kejatuhan lebih 180 mata itu sekaligus menandakan kadar tukaran USD|JPY sedang menuju “downtrend” pada carta harian.
Para pelabur mula meragui kekuatan Dollar apabila data “retail sales” AS yang dilaporkan semalam menunjukkan pengurangan jualan runcit kepada -0.9% berbanding -0.1% jangkaan. Malah data bulan lepas yang dilaporkan pada 0.7% dikemaskini semula pada 0.4% Kejatuhan ini menunjukkan pengurangan aktiviti ekonomi terutamanya apabila “business inventories” dilaporkan stabil pada 0.2%
Walau bagaimanapun, Jepun yang meneruskan program ransangan ekonomi ala “Abenomics” versi 2.0, dilihat bakal terus menjatuhkan nilai Yen sekaligus menyokong nilai Dollar. Dengan spekulasi Federal Reserve AS yang dijangka menaikkan “interest rate” pada tahun ini, kejatuhan ini dilihat bersifat sementara. Morgan Stanley dalam satu kenyataan kepada pelanggannya mengatakan mereka menjangkakan kadar tukaran USD|JPY bakal mencapai setinggi 122.00 pada suku pertama tahun ini.
Hari ini, data ekonomi berimpak tinggi “unemployment claims” dari Amerika Syarikat bakal mendapar perhatian. Pemohon dijangka meningkat kepada 299 ribu dari 294 ribu sebelum ini. Tiada sebarang data ekonomi dari Jepun sehingga awal pagi esok.