Dollar Yen yang menyusut lebih 55 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥120.55, kembali memacu naik lebih 115 pips sepanjang sesi Eropah dan Amerika untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥121.80, sebelum menutup sekitar paras ¥121.65; setelah Yen susut apabila trader berpindah kepada dagangan berisiko menjelang mesyuarat Federal Reserve AS yang bermula lewat hari ini.
Seminggu yang lalu Dollar AS diniagakan lebih tinggi, di atas paras ¥123. Trader telah berhati-hati dan mengurangkan pegangan Dollar mereka, menunggu petunjuk tentang bagaimana Federal Reserve AS akan melaksanakan tambahan pengetatan kewangan tahun depan, selepas kenaikan pertama. Mata wang AS terus terdedah kepada sebarang kejutan dari mesyuarat dasar penetapan AS selama dua hari yang berakhir pada Khamis esok. Feds AS dijangka akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad.
[adrotate group=”6″]
Data inflasi AS semalam yang dilaporkan seperti jangkaan, pada sifar berbanding 0.2% sebelum ini, dan inflasi teras yang kekal stabil pada 0.2% seperti jangkaan; sedikit sebanyak memberikan keyakinan untuk Feds menaikkan kadar, walaupun pasaran menjangkakan komen negatif bakal menyusul lantaran inflasi yang telah kembali ke paras sifar. Malam nanti, laporan permit bangunan AS akan disiarkan dan dijangka stabil pada 1.16 juta kelulusan. Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.