Dollar Yen berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan pergerakan tidak melebihi 50 pips; selepas data “consumer sentiment index” Amerika Syarikat dilapor mengecewakan pada 91.2 berbanding 95.5 jangkaan dan 95.4 pada sebelumnya. Pivot harian adalah sekitar 121.35 dan mingguan pula pada sekitar 121.30 Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY sedang berlegar-legar sekitar kedua-dua pivot tersebut.
Minggu ini keteguhan Dollar akan diuji, apabila Majlis Mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat akan bermesyuarat dan memberi makluman terkini tentang perkembangan kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Ramai penganalisa berpendapat, dalam mensyuarat kali ini perkataan “bersabar” akan digugurkan dan masa kenaikan “interest rate” akan dinyatakan dengan lebih tepat. Jun ini dilihat masa yang sesuai berdasarkan data ekonomi sedia ada.
Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua Negara hari ni, pasaran dijangka terus ‘ranging’ dalam dagangan tipis dan berhati-hati. Para pelabur, pengurus dana dan pedagang, dilihat mula menumpukan perhatian kepada siding media BoJ esok dan mencari spekulasi pasaran tentang arah tuju Dollar dalam mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni