Dollar Yen terus memacu naik lebih 50 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.75 sebelum menutup sekitar paras 123.60; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan dan memacu menjelang hari-hari ke mesyuarat Feds Disember ini. Ucapan berterusan ahli FOMC semua seolah-olah mengulangi perkataan yang sama – kenaikan kadar pada bulan Disember.
Federal Reserve AS bakal memberikan lampu hijau untuk mengangkat kadar buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad apabila ia bersidang pada bulan Disember. Retorik yang keluar dari Feds agak agresif, terutamanya daripada Naib Pengerusi Stanley Fischer dan Presiden Feds New York William Dudley.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Jepun, lebihan akaun semasa Jepun dilaporkan telah meningkat empat kali ganda dalam tempoh antara April hingga September, berbanding dengan tahun sebelumnya. Lebihan sebanyak ¥8.69 trilion itu telah berjaya dicapai di sebalik Yen yang lemah dan kejatuhan berterusan harga minyak mentah. Harga tenaga yang lebih rendah telah menjadi amat penting bagi Jepun, kerana negara matahari terbit itu telah bergantung kepada import tenaga sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada tahun 2011.
Hari ini Bank of Japan bakal bermesyuarat untuk menentukan kadar seterusnya, dan mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan semasa ekonomi Jepun. BoJ dijangka akan mengekalkan kadar dan memberikan pandangan tentang ransangan tambahan yang dijangkakan pasaran. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 276 ribu kepada 272 ribu pemohon, dan indeks pembuatan Philadelphia dijangka meningkat dari -4.5 kepada 0.1.