Dollar Yen melonjak lebih 80 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 119.65 sebelum menutup sekitar paras 119.45; setelah komen Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda dipantau untuk melihat jika BoJ akan menambah rangsangan tambahan pada mesyuarat 30 Okt ini.
Harga pengguna teras (core CPI) yang dilihat sebagai petunjuk utama dasar kewangan Jepun, menguncup 0.1% pada bulan Ogos selepas bacaan yang tidak berubah pada Julai lalu. Ianya menekankan kesan kejatuhan harga tenaga dan bahan api, sekaligus mewajarkan rangsangan tambahan untuk mempercepatkan inflasi 2% yang disasarkan BoJ menjelang 2016. Laporan Ogos lalu menandakan penurunan tahunan yang pertama, sejak BoJ memulakan pakej rangsangan ‘sinki dapur’ pada bulan April 2013.
[adrotate group=”6″]
BoJ mengekalkan dasar tidak berubah pada kajian bulanan minggu lepas seperti yang dijangka ramai, tetapi beberapa ahli ekonomi, termasuk dari IMF, percaya bahawa ransangan tambahan adalah perlu untuk mengimbangi pengeluaran dan eksport perindustrian yang lemah dan pertumbuhan upah yang mengecewakan; dimana ianya meninggikan risiko bagi Jepun untuk memasuki kemelesetan teknikal pada suku ketiga. Ekonomi negara matahari terbit itu juga, menghadapi risiko daripada faktor-faktor luaran, termasuk kelemahan dalam pasaran negara membangun dan kadar pinjaman AS yang lebih tinggi.