USDJPY menokok lebih 100 pip dari paras terendah semalam ke 123.67 pada penghujung tengah hari ini. Ia didagangkan pada jarah harga yang ketat selepas Bank of Japan(BoJ) membuat kenyataan media pada Jumaat lalu. BoJ memberikan perhatian yang rapi pada data inflasi pada bulan May kerana ia masih jauh bawah sasaran 2 peratus bagi, menunjukkan kemungkinan akan ada pelonggaran dasar pada masa hadapan.
Bank of Japan mengekalkan program rangsangan besar-besaran dan penilaian yang positif ekonomi pada hari Jumaat, memberikan isyarat bahawa pertumbuhan akan dikukuhkan cukup untuk mempercepatkan inflasi sasaran 2 peratus dapat dicapai tanpa melakukan pelonggaran monetari.(monetary easing)
Dengan sentimen perniagaan bertambah baik dan perbelanjaan modal yang meningkat, BOJ mengekalkan penilaian cerah bahawa ekonomi akan terus pulih.
Seperti yang dijangka secara meluas, bank pusat membuat ikrar yang utuh untuk meningkatkan wang asas pada kadar tahunan sebanyak 80 trillion YEN melalui pembelian aset yang agresif. Keputusan itu dibuat oleh 8-1 undi.
Gabenor BOJ Haruhiko Kuroda berkata syarikat-syarikat semakin mengalihkan keuntungan mereka yang kukuh ke dalam perbelanjaan modal dan upah, dan ini menyokong pemulihan ekonomi.
Walau bagaimanapun USDJPY membuat lonjakan apabila data Existing Home Sales(jualan rumah) keluar lebih baik dan memberikan lebih kekuatan kepada US Dollar untuk memacu ke atas berbanding Yen. Di bantu pula oleh kelemahan data PMI Manufacturing Jepun yang keluar di bawah kadar 50.0 menunjukkan industri yang kian menurun.
Berita berimpak tinggi bagi USD Core Durable Goods Orders yang dijanka keluar lebih baik dari sebelumnya dijangka terus menguasai pasangan matawang USDJPY untuk hari ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni