Dollar Yen berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Rabu semalam dengan pergerakan tidak melebihi 60 pips; selepas Dollar mula melemah apabila presiden Federal Reserve Amerika Syarikat Janet Yellen, tidak memberi sebarang perancangan masa kenaikan interest rate. Sebaliknya beliau hanya berkata, kenaikan “interest rate” akan diputuskan dalam mesyuarat FOMC semasa, bergantung kepada data-data ekonomi yang dilaporkan.
Buat masa ini keadaan pasaran pekerjaan yang masih lembap dan inflasi yang masih dibawah sasaran, menyebabkan “interest rate” perlu dikekalkan pada kadar sedia ada, tambah beliau lagi. Spekulasi pasaran mengatakan, kemungkinan masa yang sesuai ialah seawal June 2015. Jepun pula dijangka terus melemahkan Yen walaupun terdapat segelintir pegawai BoJ yang tidak setuju dengan langkah tersebut.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran terutamanya dengan pelbagai data AS seperti CPI, “unemployment claims” dan “durable goods order” yang bakal dilaporkan hari ini.