Dollar Yen terus memacu naik lebih 155 pips untuk hari ketiga berturut-turut Khamis semalam, dan mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.40 sebelum menutup sekitar paras 121.00; setelah dagangan kembali ke dalam julat yang normal. Dalam dagangan luar negara semalaman, dolar meningkat kepada berhampiran ¥120.40 selepas Bank Rakyat China mengumumkan langkah-langkah pelonggaran monetari tambahan dalam usaha meningkatkan ekonomi dan harga pasaran saham.
Walaupun pasaran terkejut dengan langkah-langkah pelonggaran tersebut, seorang pegawai di broker mata wang berkata bahawa “ianya tidak menghapuskan sepenuhnya kebimbangan pelabur terhadap ekonomi China.” Mencerminkan kebimbangan terhadap China, dolar lemah sekitar ¥118.50 dalam dagangan awal Tokyo. Dolar meningkat di atas ¥119 dalam dagangan pertengahan sesi pagi, tetapi gagal mencatat kenaikan besar ekoran kenaikan pasaran saham Tokyo yang terhad.
Ketakutan pelabur mula berundur, terima kasih kepada keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat China untuk mengurangkan “interest rate” utama dan mengurangkan keperluan rizab bank. Walaupun indeks utama tenggelam ke dalam zon negatif pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung, kejatuhan pasaran saham kembali normal dan memacu naik pada sebelah petang, apabila indeks Nikkei meningkat semula lebih daripada 600 mata.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !