Dollar Yen terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 60 pips Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.20 sebelum menutup sekitar paras 121.05; setelah pasaran Jepun bercuti semalam sempena Hari Kebudayaan. Dollar AS susut sedikit dalam sesi Asia tetapi terdapat hanya sedikit permintaan. Dollar AS diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain; apabila para pelabur mencerna data ekonomi dari Euro-Zone dan AS
Di pasaran Amerika Syarikat, Institut Pengurusan Bekalan, semalam melaporkan bahawa Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan untuk Oktober mencatatkan 50.1%, penurunan sebanyak 0.1% daripada bacaan September sebanyak 50.2%, tetapi di atas konsensus pasaran sebanyak 50.0%. Sementara itu, firma data kewangan Markit melaporkan bahawa bacaan akhir PMI AS pada Oktober meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan sekitar 54.1, meningkat daripada 53.1 pada September.
[adrotate group=”6″]
Hari ini AS bakal melaporkan defisit imbangan perdagangan yang dijangka berkurang dari $48.3 bilion kepada $42.7 bilion dan “non-manufacturing” PMI yang dijangka menurun dari 56.9 kepada 56.9. Pada masa yang sama, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal melaporkan kepada Kongres Amerika tentang perkembangan ekonomi semasa. Beliau dijangka memberikan petunjuk sama ada AS berada atas landasan untuk kenaikan kadar pada Disember ini. Tiada data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.