Dollar Yen yang dibuka dengan”gap up” Jumaat lalu, berada dalam dagangan tipis dengan pergerakan sekitar separuh dari range harian yang biasa, selepas “gap” ditutup pada sesi pembukaan London, dengan pembelian semula Yen bagi menutup dagangan jualan. Yen menutup pasaran sekitar 120.45
“Manufacturing PMI” Amerika Syarikat yang keluar meleset dari jangkaan, 55.5 berbanding 57.6, malah lebih buruk dari bulan sebelumnya 58.7 merencatkan keghairahan pembeli-pembeli Dollar. Walau bagaimanapun, Dollar Index terus memacu naik, untuk kembali ke paras pembukaan 2013, sekitar 91.40, dan seterusnya menutup “gap down” pada April tahun yang sama.
Pasaran yang masih dikuasai spekulasi kenaikan “interest rate” AS buat pertama kali selepas krisis kewangan 2008, dan program ransangan “Abenomics” versi 2.0; dilihat bakal terus menjual Yen dan membeli Dollar, menjadikan Index Dow Jones dan S&P500 berada pada paras yang tertinggi dalam sejarah. S&P500 ditutup pada 2051,10 dan Dow ditutup pada 17,788.50 Jumaat lalu.
Hari ini dengan ketiadaan data ekonomi dari kedua-dua negara, dagangan dijangka “ranging” dalam dagangan tipis melainkan terdapat kejutan pasaran.