Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada Isnin bahawa bank pusat itu akan menyesuaikan dasar kewangan untuk mencapai sasaran inflasi. Jepun menetapkan sasaran inflasi sebanyak 2%, bergantung kepada perkembangan kewangan semasa.
Menurut gabenor Kuroda, ekonomi Jepun dijangka berkembang pada trend sederhana. Gabenor bank itu mengulas demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam mesyuarat suku tahunan pengurus cawangan serantau Bank of Japan.
BoJ pada bulan lalu menyasarkan kadar faedah tanpa melibatkan sebarang aktiviti percetakan duit atau memperluaskan asas kewangan. Hal ini berikutan pembelian asset secara drastik sebelum ini gagal untuk meletakkan ekonomi pada tahap stabil.