Setiap malam isnin sebelum pasaran dibuka, tim Moshed.com akan menyenaraikan event penting untuk rujukan para trader agar alert dan berjaga-jaga apabila high-impact news ini berlaku. Minggu lepas ada trader yang sudah dalam position untung tapi akhirnya berputih mata akibat tidak close position tersebut ketika news.
Jangan lupa baca dan tandakan pada kalendar sendiri!
Minggu ini melihatkan player pasaran akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Federal Reserve bagi bulan Julai untuk mencari klu kepada kenaikan rate seterusnya bila.
Selain daripada itu, data awal perkembangan ekonomi suku tahun kedua juga akan dikeluarkan minggu ini.
Antara yang lain adalah data keyakinan bisnes Jerman bagi mendapatkan tanda-tanda keadaan ekonomi eurozone setelah undian Brexit Jun lalu.
5 peristiwa tumpuan minggu ini disenaraikan di bawah :
- Minit Mesyuarat FOMC
Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuarat dasar kewangan Julai pada awal pagi khamis nanti pada pukul 2 pagi dan pelabur akan mencari-cari apakah pandangan Fed mengenai kenaikan rate.
Fed setakat ini masih mengekalkan interest rate pada mesyuarat terakhir mereka dan berkata risiko ekonomi semakin berkurang. Dijangkakan kenaikan interest rate adalah pada Disember nanti.
- GDP awal suku kedua tahunan Jepun
Jepun akan menyiarkan data awal perkembangan ekonomi suku tahun kedua esok pada pukul 7:50 pagi.
Laporan ini dijangkakan akan menyatakan perkembangan ekonomi Jepun yang hanya berkembang sebanyak 0.2%.
- Kajian Bisnes ZEW Jerman
Institut ZEW akan mengeluarkan indeks keadaan bisnes Jerman bagi bulan Ogos pada selasa ini pukul 5:00 petang.
- Kadar Pekerjaan & Pengangguran Australia
Di Oceania pula kita akan mendapat laporan pekerjaan dan pengangguran Australia pada hari khamis pukul 9:30 pagi.
- 3 Laporan Penting New Zealand
Pagi rabu tumpuan akan diberikan kepada 3 laporan utama kepada matawang New Zealand Dollar.
Minggu ini melihatkan minggu yang sibuk buat semua matawang kecuali EUR yang mana hanya kajian Jerman sahaja yang akan menggerakkannya.
Bagi GBP, petang rabu menjadi tumpuan utama para pelabur dan untuk USD selain daripada minit mesyuarat FOMC, data-data seperti permit bangunan, CPI akan dikeluarkan pada hari selasa.
Di bawah adalah kalendar ekonomi minggu ini, dipetik daripada Forex Factory. Goodluck dengan trade anda pada minggu yang sibuk ini!