Sesi Asia menyaksikan minyak mentah dilaporkan merosot walaupun data dari Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan inventori tidak rasmi merosot sebanyak 2.2 juta tong minggu lepas.
Di NYMEX, WTI mentah terjun sebanyak 0.45% kepada $50.70.
Data ini bagaimanapun akan disusuli dengan data rasmi yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga AS hari ini.
Semalam, minyak mentah mula menamatkan keuntungan selepas naik dengan tinggi selepas OPEC mencapai persetujuan untuk membekukan bekalan bermula tahun depan.
Di Intercontinental Exchange London, minyak Brent diniagakan pada tahap $53.56 setong.
Sementara itu di Amerika Syarikat, Jack Gerard dari Institut Petroleum Amerika dikatakan sedang melobi Donald Trump untuk mengembalikan kepentingan sektor tenaga di Amerika Syarikat. Menurut beliau, AS perlu memodenkan dan menggunakan sepenuhnya manfaat tenaga yang terdapat di negara tersebut. Beliau juga mengharapkan agar Trump dapat membuat penambahbaikan terhadap sektor tersebut yang kurang diberi perhatian sewaktu pemerintahan Obama.
Bank of Japan Bersedia Menambah Program Rangsangan Ekonomi Untuk Mencapai Sasaran Inflasi : Iwata