Bank of Japan Bersedia Menambah Program Rangsangan Ekonomi Untuk Mencapai Sasaran Inflasi : Iwata

36

Timbalan gabenor Bank of Japan berkata pada Rabu bahawa bank pusat tersebut tidak akan teragak-agak untuk menambah program rangsangan ekonomi bagi mengekalkan momentum ke arah sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Iwata juga menegaskan bahawa BoJ akan meneruskan rancangan untuk membeli bon kerajaan walaupun BoJ telah menyasarkan satu rangka kerja baru yang menyasarkan kadar faedah.

Dalam satu ucapan kepada pemimpin perniagaan di Nagasaki, beliau juga menegaskan bahawa BoJ akan terus memperluaskan asas kewangan pada masa hadapan menggunakan rangka kerja terkini.

Sebelum ini, BoJ mengubah sasaran dasar kepada sasaran kadar faedah daripada sasaran cetakan wangpada bulan September. Hal ini berikutan sasaran sebelum ini dikatakan gagal menggerakkan serta memajukan ekonomi.

Walaupun begitu, Iwata mengenepikan pandangan bahawa BoJ kurang memberi penekanan kepada langkah mengepam wang secara agresif. Iwata menjelaskan bahawa bank pusat akan terus komited untuk menggunakan kedua-dua langkah bagi memulihkan ekonomi jepun.

Bank Pusat Jepun meletakkan sasaran inflasi kepada 2 peratus pada bulan Oktober apabila data penggunaan yang melemah dan kejatuhan kos import memberi kesan kepada pertumbuhan harga.

Gabenor BoJ dalam masa yang sama masih optimis terhadap ekonomi Jepun apabila berpandangan bahawa aktiviti eksport berpotensi untuk berkembang dalam kadar yang sederhana pada masa akan datang.

Sampai Bilakah Emas Akan Kekal Berada Dalam Trend Bearish?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat