Sampai Bila Emas Akan Kekal Dalam Trend Bearish?

77

Harga emas kembali melonjak pada Selasa selepas kejatuhan mendadak buat logam kuning itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Emas niaga akan datang meningkat sebanyak 0.07% kepada $1,170.95 satu troy ounce di Comex.

Semalam, harga emas turun kira-kira 12% daripada angka tertinggi November berikutan pengukuhan matawang gergasi. US Dollar semakin menambah kekuatan apabila pasaran semakin mendekati tarikh mesyuarat dasar Fed yang bakal diadakan minggu depan.

Pelabur juga semakin berselera dengan matawang berkenaan setelah dasar ekonomi Trump dikatakan bakal membuat ekonomi AS kembali mengukuh.

Dalam masa yang sama, pelabur turut memerhati dengan teliti permintaan logam kuning dari China dan India yang dikatakan terjejas akibat kejutahan nilai wang di sana. Hal ini juga menjejaskan nilai logam berharga tersebut.

Sementara itu, antara faktor lain yang menjejaskan harga komoditi termasuklah aliran keluar dari dana dagangan bursa untuk membeli emas.

Masih Tak Faham Dengan Istilah ‘Hawkish’ dan ‘Dovish’? Moshed.com Sediakan Perincian Istilah Ini Khas Untuk Anda! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat